top of page

Kenapa Kami Tubuhkan Malakat Grocer?


Tahukah anda?


Nilai industri runcit pada 2019 adalah RM110 billion. Daripada jumlah tersebut, 60% dimiliki oleh syarikat asing.


Berapa % yang syarikat bumiputra milik? 8% sahaja.


Izinkan saya untuk bercerita tentang Malakat Grocer.


Kenapa kami tubuhkan Malakat Grocer?


1. Kerana dalam 'supply chain', peruncitan paling dekat dengan pengguna.

Kami tak perlu bersaing dengan syarikat-syarikat runcit non-bumi yang lain, kita sama-sama boleh bangkit dan ambil kembali sebahagian daripada 60% yang dimiliki syarikat asing.


2. Dalam masa yang sama, kebanyakan produk keluaran IKS susah nak tembus pasaraya ternama. Kalau dapat masuk pun, diletak di rak hujung dan tersorok di bawah, pelanggan tak nampak dan akhirnya terbiar sehingga ke tarikh luput.


Jadi kami mudahkan proses ini di Malakat Grocer. Asalkan cukup syarat, silakan masuk produk anda.


3. Isu halal. Hakikat yang kita kena terima, ada pasaraya yang jual ayam sulam.


Apa tu ayam sulam? Ada yang sembelih sempurna, ada yang tak sempurna. Dicampur dalam satu longgokan ayam. Belum masuk isu daging lembu import yang diragui. Maka kami ambil langkah untuk pastikan setiap ayam yang kami jual ini halal sepenuhnya dan kami hanya menjual daging lembu fresh sahaja.


4. Sasaran kami untuk bumi capai 30% dalam industri ni.


Nampak macam mustahil nak capai angka tersebut. Tapi cukup dengan 10,000 - 15,000 keluarga yang terus membeli setiap bulan di sini dah mampu bantu mengembangkan industri kita.


Bayangkan ada 100 Malakat Grocer di seluruh tanah air dan setiap satu outlet ni ada 10,000 - 15,000 keluarga yang jadi pelanggan tetap.


Dan 100 Malakat Grocer ni pula dimiliki oleh 100 orang usahawan berbeza. Gaji pekerja pun kita boleh bayar lebih tinggi daripada biasa.


Bila kita dapat menguasai industri, InsyaAllah ramai yang akan dapat kesan positif daripada perkara ni.


Jadi apa perlu kita buat sekarang?

Langkah pertama, satukan pembelian kita. Tukar daripada beli di pasaraya milik asing dan tukar ke Malakat Grocer.


Ya, kami masih banyak kelemahan dan kekurangan. Kami perlukan bantuan anda semua untuk kami terus 'improve' dan 'improve' setiap hari sehingga sama hebat atau lebih hebat berbanding pasaraya besar lain.


Jika ada kekurangan, tegurlah kami dengan berhikmah. Kami terima dengan hati terbuka.

Moga Allah bantu usaha kecil kami ini, moga ramai yang dapat manfaat dan moga lagi ramai rakyat Malaysia pindah belanja di Malakat Grocer.


Jom pindah belanja ke Malakat Grocer!


“Beli Tanpa Was-was”



Nyatakan sokongan anda kepada Malakat Mall dengan menandatangan petisyen di bawah!


731 lihatan2 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

2 comentários


Zamiran Hashim
Zamiran Hashim
05 de set. de 2022

Fokus kpd beli fresh. Lps 2 hari jual offer. Tarikan besar adalah barang bash. Adakan variety spt kambing, ayam kg, tulang, ketam, udang dsbgnya. Jual bahan yg support utk masak benda2 diatas. One stop center. Lepas tu ada rak tambahan barulah letak barang2 lain terutama yg popular utk dibeli. Tak guna letak barang tapi org tak beli. Ruang utama tu tak perlulah buat surau. Memadai surau diatas. Ruang utama tu bermanfaat utk jualan promosi hebat. Contoh Jean Perry nak promote bedding items. Mereka akan promo onbehalf of malakat mall secara tak lansung dpt customer baru dlm data base malakat

Curtir
Jom Tippah
Jom Tippah
05 de set. de 2022
Respondendo a

Setuju

Curtir
bottom of page