top of page

MINI POS KINI DBUKA DI MALAKAT MALL

Assalamuakaikum WBT


Buat pelanggan - pelanggan kami yang dikasihi, Kaunter perkhidmatan Mini Pos di Malakat Mall kini sudah mula beroperasi dan pelbagai kemudahan disediakan bagi memudahkan penduduk sekitar Cyberjaya.

Pengunjung Malakat Mall jangan melepaskan peluang sekiranya ingin mendapatkan pelbagai perkhidmatan termasuklah penyimpanan, pengeposan pelbagai jenis barang.


Untuk makluman, Mini Pos kami juga menyediakan khidmat ‘Fullfilment by Malakat’ di mana penjual boleh menjual secara dalam talian. Mereka (Peniaga) boleh menyimoan stok dan dalam masa yang sama pihak kami juga melakukan proses pembungkusan dan penghantaran produk anda.


Perkhidmatan ini secara langsung memanfaatkan pelanggan dan ramai usahawan sekitar Malakat Mall yang menjalankan perniagaan secara online.


Dalam pada itu, Pos Mini, Cyberjaya juga menyediakan perkhidmatan pengeposan secara pukal dan juga penyewaan peti surat. Besar harapan kami sekiranya, pengunjung - pengunjung setia kami dapat memanfaatkan perkhidmatan kami di sini.


Waktu operasi kami bermula 10 pagi sehingga 8 malam.


Sekian, Terima Kasih.

88 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page