top of page

PETISYEN #SOKONGMALAKAT


Malakat Mall, sebuah mall yang dibangunkan oleh Coach Fadzil pada tahun 2020 sebagai mall tanpa sewa yang pertama di Malaysia.

Malakat bukanlah sebuah mall yang biasa, tetapi ia menjadi pusat usahawan untuk membangunkan jenama serta perniagaan mereka dan pusat masyarakat untuk bersosial di tempat yang selesa dan selamat.


Malakat Mall adalah platform perniagaan yang ditubuhkan dengan matlamat untuk menyediakan peluang dan ruang untuk usahawan yang beretika dan mampu memberikan impak.


Semenjak penubuhan, Malakat Mall mendapat sokongan ramai golongan masyarakat dari serata negara. Ada penyokong yang sudi hadir daripada negeri jauh untuk menzahirkan sokongan. Namun, sedikit kekangan atas faktor jarak membuatkan sebahagian daripada penyokong Malakat Mall tidak mampu untuk hadir secara fizikal setiap minggu.

Maka, pihak Malakat Mall melancarkan kempen #SokongMalakat untuk penyokong-penyokong menyatakan sokongan anda kepada Malakat Mall secara maya.


Nyatakan sokongan anda kepada Malakat Mall walau di mana pun anda berada dengan mengisi petisyen pada pautan di bawah.




404 lihatan0 komen

Comments


bottom of page