top of page

Selamat Datang Tahun 2023, Terima Kasih Tahun 2022


Pada hari pertama tahun 2023 ini, sedang semua bercuti atau berisitrehat bersama keluarga dan rakan-rakan, adalah merupakan hari yang terbaik untuk kita semua reflect prestasi pencapaian kita sepanjang 2022, dan dari situ apakah perkara yang kita ingin perbaiki bagi tahun 2023.


Begitu juga kami di Malakat Mall, kami sedar banyak kekurangan dari pihak kami yang perlu dibaiki. Dan kami amat komited untuk memastikan kelancaran operasi kami agar selari dengan visi dan misi Malakat Mall untuk memperkasakan ekonomi rakyat Malaysia umumnya, dan ekonomi komuniti setempat khususnya.


Oleh itu, di bawah ini adalah petikan dari Group CEO Kumpulan Malakat Eco, En Hilmi Ismail, tentang perjuangan Malakat Mall.


" 2022; Tahun Usahawan Recover From Post-Pandemic Effect

2023; Tahun Pengguna Perlu Satukan Perbelanjaan Menyokong Usahawan Tempatan


Siapa sangka, walaupun pandemik sudah berakhir lama, masih banyak perniagaan yang belum selesai recover dengan impact negatif pandemik. Terutama usahawan IKS yang mempunyai ratusan pekerja.


Impak pandemik kepada kebanyakan usahawan sangat besar dan 2022 adalah tahun yang padat dengan proses untuk mengembalikan perniagaan masing2 menjadi lebih stabil.


Secara individu, saya sendiri melalui 2022 dengan learning curve yang sangat curam. Diberi peluang untuk menggalas tanggungjawab yang penuh cabaran dalam fasa recovery yang sangat mencabar.


Banyak objektif yang saya senaraikan untuk diri sendiri dan Malakat masih belum tercapai.


2023 akan menjadi tahun yang terus mencabar usahawan kecil & sederhana. Ramai pakar ekonomi menganggarkan 2023 akan berlakunya kegawatan ekonomi yang dasyat.



Jadi, apa yang kita perlu buat?


Tiba masanya untuk kita bersatu memberi sokongan kepada usahawan2 kita.


2023 perlu menjadi tahun di mana seluruh rakyat Malaysia bersatu dengan berbelanja di syarikat-syarikat tempatan.


Sokonglah jenama tempatan dengan sepenuh jiwa anda. Saya konsisten ingin membawa kempen ‘Sokong Usahawan Kita’ sebagai gerakan untuk memberi dorongan dan sokongan kepada usahawan-usahawan kita terus berjuang di medan masing2.


Ya, akan banyak kekurangan terutama jenama yang masih di dalam kategori IKS. Berilah feedback dengan penuh berhemah. Kini bukan masanya untuk bergaduh di media sosial.


Para usahawan juga bila ditegur, terimalah dengan senyuman dan berterima kasih.


Saya impikan kejayaan usahawan-usahawan tempatan kita sehingga berkembang menjadi jenama bertaraf dunia.


Doakan saya dan semua usahawan yang membaca post ini semoga dipermudahkan urusan, diberi kekuatan menempuh ujian, dan mencapai kejayaan di dalam membangunkan ekonomi dan akhirnya menjadi sumbangan kepada ummah dan agama.


Selamat Tahun Baru 2023


‘Sokong Usahawan Kita’ "





138 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page