top of page

Update Malakat Mall kepada Ahli KoPPIM yang dikasihi


Assalamualaikum W.B.T,

Buat Ahli KoPPIM yang dirahmati Allah,

Kita sedia maklum perjuangan Malakat Mall masih mendapat sokongan daripada ahli - ahli KoPPIM. Kami mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga dengan sokongan anda dalam meneruskan perjuangan satukan ekonomi kita dalam membina sebuah ekosistem ekonomi Islam yang bebas daripada sistem riba. Segala yang dirancang tidak dapat dicapai apabila berlakunya wabak COVID-19 dan pada tahun 2021 pula, KoPPIM berdepan dengan pelbagai isu daripada pelbagai pihak termasuklah aduan daripada para ahli kepada pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) terhadap KoPPIM, arahan pihak SKM kepada KoPPIM supaya memberhentikan semua aktiviti promosi dan ambilan anggota baru. Isu - isu ini adalah satu cabaran yang akan menjadikan KoPPIM lebih berjaya dan berdaya maju. Rebutlah ruang dan peluang yang kini telah disokong oleh pihak SKM dan dipersetujui oleh YB Menteri KUSKOP membenarkan KoPPIM membuat pengambilan anggota baharu dan menjayakan aktiviti promosi dan seumpamanya dengan syarat dana modal syer dihadkan sebanyak RM 10 Juta sahaja. Bagaimanapun, dalam memberi keyakinan kepada semua ahli, KoPPIM telah merangka beberapa pelan tindakan termasuk Program Bangkit bagi merancakkan jualan dan keuntungan perniagaan Malakat Mall Cyberjaya Sdn. Bhd. Kami memohon semua ahli KoPPIM supaya tidak berputus asa dan anggaplah apa yang telah berlaku sebagai satu cabaran bagi melihat masa depan KoPPIM terus kuat dan mendapat sokongan semua. Kami sangat menghargai sekiranya pelbagai pelan perancangan selepas ini disokong termasuklah menyatakan sokongan pindah belanja dan terus berbelanja di Malakat Mall. Pusat beli belah Malakat Mall mungkin kecil, mall kita ini juga tidak sehebat mall besar yang lain namun, kami bangga dengan jemaah kami. Dengan sokongan yang tetap teguh ini anda semua masih bersama dalam membantu ramai usahawan - usahawan kita untuk duduk bersama berniaga sesama mereka, setanding dengan slogan kami beli sama kita, jual pun sama kita. Alhamdulillah... Syukur...


Terima kasih sekali lagi kerana menyokong perjuangan Malakat Mall.





Penyokong yang kami kasihi,


Jadi untuk kesempatan ini bayangkan jika kita biasa membeli beras, gula, tepung, garam, rempah, minyak masak, kicap, madu, pelbagai sos, kerepek, keropok, coklat, biskut dan gula-gula.

Kita juga membeli segala jenis sabun mandi, sabun pakaian, sabun pencuci pinggan, pencuci lantai, lampin bayi dan kertas tisu. Biasanya kita membeli satu - satu jenis produk itu kerana jenamanya adalah jenama yang kita biasa beli.

Jarang sekali kita membeli jenama yang berbeza kecuali apabila ingin mencuba produk baharu yang diiklankan.

Kerana itu, mengapa tidak kita beralih ke jenama milik usahawan kita bagi sesetengah produk yang kita beli?

Tak salah untuk produk-produk kegemaran keluarga, anda boleh kekalkan pilihan. Namun, bagi produk-produk lain, kami cadangkan anda boleh menukar ke produk khususnya produk-produk yang apabila kita beli, kita beli tanpa was - was. Cara yang lebih mudah ialah dengan menukar tempat membeli - belah dari kedai -kedai biasa ke kedai - kedai Muslim.

Semakin banyak sokongan yang anda berikan kepada kepada mereka, semakin mudah kita membina ekosistem ekonomi Islam.



Keluarga KoPPIM yang kami muliakan,

Rebutlah peluang dan ruang yang telah disokong oleh SKM yang telah membenarkan KoPPIM membuat pengambilan anggota baharu dan menjalankan aktiviti promosi dan sebagainya sebagai keyakinan bahawa Malakat Mall, Cyberjaya merupakan pelaburan strategik jangka masa panjang yang mampu menjana nilai tambah berlipat ganda kepada ahli.

Hasrat kami juga supaya Ahli Lembaga KoPPIM dapat merealisasikan pelbagai aktiviti menarik supaya dapat terlibat dalam peluang - peluang perniagaan baharu dengan usahasama koperasi - koperasi yang berjaya secara terpilih, membangunkan ekonomi sendiri bersama ahli dalam sektor peruncitan atas jenama KoPPIM Grocer dan membuka peluang menjadi usahawan atau pembekal produk di Malakat Mall.



Ahli KoPPIM yang terus berjuang,

Kami dengan rendah diri menjemput ahli - ahli yang tinggal berhampiran Malakat Mall untuk singgah berbelanja secara konsisten di sini. Ajaklah keluarga, rakan - rakan dan komuniti anda untuk sama - sama menyokong perjuangan yang sedang dijalankan. Kalau bukan anda siapa lagi. Bagi mereka yang tinggal jauh, boleh menyokong dengan membuat pembelian dalam talian di lokasi - lokasi terpilih dan terus mendoakan perjuangan ini sentiasa dirahmati Allah. Besar harapan kami jika perjuangan ini mendapat sokongan kuat dalam memastikan ekosistem ekonomi kita dipelihara dan tidak sewenang - wenangnya dikuasai pihak luar. Kami mohon anda terus bersama dan mendoakan perjuangan ini.. Amin..


Sekian, Terima Kasih.


-Malakat Mall-

3,017 lihatan17 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

17 Comments


Mohd Said
Mohd Said
Jan 24, 2023

Saya mencadangkan supaya satu jabatan kerajaan di wujudkan di Malakat Mall seperti imigresen atau pendaftaran atau lain2 atau bank agar ia menjadi tempat tumpuan orang ramai.

Like

Mohd Said
Mohd Said
Jan 24, 2023

Sama-samalah kita menyokong Malakat Mall dengan membeli belah di sana. Tanpa sokongan dan belian daripada ahli, bagaimana Malakat Mall nak membuat keuntungan. Tanpa keuntungan bagaimana nak bayar dividen. Sokongan ahli terutama yang berdekatan Cyberjaya amat penting.

Like

Mohd Fisal Ishak
Mohd Fisal Ishak
Jan 18, 2023

sudah ada ke dividen yang diagihkan...?

Like

Sy berhasrat untuk buka kedai halalmart di taman perumahan sy dan mungkin di bwh seliaan KOPPIM. Mohon idea KOPPIM

Like

Ape citer malakat eco apps? token gold hilang begitu saje..jenuh dah ni

Like
bottom of page