top of page

Usahawan Cilik Membanjiri Hari Kemerdekaan di Malakat Mall


31 Ogos 2022 - Malakat Mall dibanjiri dengan usahawan cilik yang mendapat pendedahan dengan dunia perniagaan dalam situasi sebenar.


Dengan kerjama Brainy Bunch International Islamic Montessori, BB Market Day 2022 dianjurkan di perkarangan Malakat Mall sepanjang hari semalam, 31 Ogos 2022.


65 gerai di buka di sekitar Malakat Mall mempamerkan pelbagai jenis barangan dan makanan yang dijual oleh anak-anak didik Brainy Bunch berumur 6 tahun dengan bantuan para guru mereka.


[Galeri sepanjang program BB Market Day di Malakat Mall pada 31 Ogos 2022]


Pengasas Brainy Bunch, Coach Fadzil berkata, program ini juga merupakan sebuah program amal dengan sebahagian jualan disalurkan ke Yayasan Brainy Bunch termasuk ke sebuah sekolah Brainy Bunch yang beroperasi di Gaza, Palestin.

“Program ini dilaksanakan dengan tujuan memberi pendedahan kepada pelajar Brainy Bunch seawal umur lima dan enam tahun menjalankan perniagaan.


“Ada yang menjual barangan, buka gerai permainan dan juga perkhidmatan. Pendedahan yang diadakan di dalam sebuah mall sebenar ini baik untuk mereka memahami konsep perniagaan,” kata Mohd. Fadzil yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil, hari ini.

Tambahnya, kali terakhir program ini dilaksanakan adalah pada 2019, tetapi terpaksa ditangguhkan pada tahun 2020 dan 2021 berikutan pandemik Covid-19.


“Alhamdulillah, penganjuran pada tahun ini adalah amat membanggakan kerana saya nampak penglibatan para ibu bapa dan kampus berada pada tahap yang tinggi,” katanya lagi.


Selain kanak-kanak daripada kampus di sekitar Lembah Klang, program hari ini turut melibatkan penyertaan kampus dari Negeri Sembilan dan Melaka.


“Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini,” katanya lagi.

132 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page