top of page
Malakat-Mall-Logo.png

Kuasa Belian Runcit Keluarga Anda boleh mengubah Nasib Masa Depan Anak Anda!

#PindahBelanja #MalakatGrocer

Tahukah Anda?

1.  72% orang Melayu di Malaysia tidak mempunyai aset kewangan ?

Maknanya mereka tidak mempunyai aset yang mempunyai Nilai bertambah.

2.  Lebih 50% yang mempunyai akaun simpanan di dalam ASB mempunyai baki kurang dari RM 600!

3. Lebih 50% pendapatan isi rumah orang Melayu adalah di bawah RM 3,000?

4. Nilai syer pasaran Runcit orang Melayu hanyalah pada kadar 8% sahaja ?

5. Orang Melayu hanya memiliki kurang 20% daripada jumlah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

 

Jika dilihat fakta-fakta ekonomi, walaupun ekonomi Negara berkembang dan dilihat lebih ramai yang menjadi lebih senang tetapi hakikatnya secara lebih ramai menjadi semakin susah walaupun dari pandangan mata nampak seperti tidak susah atau senang.

 

Kemudahan pinjaman kereta, pinjaman peribadi, kad kredit dan pelbagai bantuan kredit membolehkan ramai orang kita ‘nampak hidup selesa’. 

 

Pada pandangan saya, punca kenapa orang kita sekadar cukup-cukup makan adalah disebabkan Pendapatan Bulanan yang sangat kecil. Nilai Kuasa beli Ringgit yang semakin melemah menjadi punca utama kenapa kita akan terus miskin dan hidup cukup-cukup makan jika tiada usaha yang jelas dilakukan secara berstruktur dan bersistematik.

 

Kuasa Beli rakyat sangat bergantung kepada Pendapatan Bulanan dan nilai sebenar pendapatan yang diperolehi.

 

Jika kita melihat kepada Singapura, yang menghirup cuaca dan suasana yang sama dengan kita, pendapatan minima mereka adalah pada kadar SGD 1,302 atau bersamaan dengan MYR 4,321!

 

Kita pastinya tidak boleh mengubah strategi ‘Melemahkan Ringgit’ yang dikatakan baik oleh pakar ekonomi negara. 

​

Sikap terlalu berharap agar kerajaan menjadi penyelamat kepada nasib kita. Kita mengharapkan ‘miracle’ tanpa memulakan tindakan strategik sendiri. Kita menunggu dengan penuh pengharapan. 

 

Musim PRU kita masih mengharapkan janji-janji Pilihanraya yang biasanya bersifat ‘short-term’ atau ‘Gula-Gula’ untuk kita teruskan kehidupan seperti seadanya.

​​

Tahukah ANDA lebih 65% pekerjaan di Malaysia ditawarkan oleh syarikat-syarikat SME ? Oleh kerana perniagaan SME kita adalah kecil dari segi ‘Sales’ dan juga ‘Profit’ yang kecil maka hampir semua SME kita tidak mampu membayar Gaji yang lebih tinggi.

 

Jadi apakah Solusinya ?

 

Apakah mungkin kita sebagai rakyat marhaen mampu mengubah destini anak Bangsa dengan tangan kita sendiri ?

 

Sebagai orang yang beriman, kita harus mempunyai keyakinan bahawa kejayaan hanya mampu dicapai jika kita kembali kepada jalan dan mengikut cara Nabi tercinta Nabi Muhammad SAW. Itulah jalan kejayaan dunia dan akhirat.

 

Setiap Solat kita meminta kepada Allah jalan lurus, jalan orang-orang yang telah diberikan nikmat kerana kita diajar, dididik dan dipaksa untuk meminta nikmat yang sama yang telah Allah kurniakan kepada orang-orang yang terdahulu!

 

Apakah Yang Nabi lakukan ?

 

  1. Nabi Hijrah ke Madinah dan mewujudkan suasana yang mudah menjaga iman. Solat berjamaah, majlis ilmu, cinta sesama dan bantu sesama jamaah dalam kehidupan harian.

  2. Nabi membina Pasar bagi memecahkan monopoli pasar dan memastikan kitaran perbelanjaan kekal didalam sistem pembekalan di dalam pasaran yang tidak dimanipulasi oleh mereka yang tidak jujur dan tidak beriman.

​

Jom kita mulakan langkah mudah untuk membina kekuatan Agama, Bangsa dan Tanahair kita.

 

  1. Bersatulah dengan masyarakat setempat untuk bersama dalam jamaah yang saling cinta mencintai dan semangat untuk membantu sesama menjaga Iman yakin kepada Allah dan yakin kepada cara Nabi.

  2. Satukan Belanja runcit ANDA ke Malakat Grocer atau mulakan Grocer Komuniti ANDA yang harus bertujuan menggunakan keuntungan dari belanja runcit ANDA untuk membinan kekuatan asas Ekonomi keluarga ANDA!

 

Mungkin ada yang kurang yakin Kuasa Beli Runcit mempunyai keupayaan mengubah Nasib masa depan keluarga ANDA.

 

Pada tahun 2019, Nilai Perbelanjaan Runcit Negara adalah sebanyak RM 110 Billion di mana syarikat asing menguasai lebih 60% daripada nilai ini sedangkan orang kita hanya memiliki syer pasaran sebanyak 8% sahaja!

 

Setiap Ringgit perbelanjaan Runcit anda sebenarnya mempunyai nilai gandaan 5 kali Ganda! Kalau nilai Belanja Runcit adalah RM 100 billion, nilai sebenar adalah RM 500 billion!

 

Bayangkan jika kita berjaya mengambil alih 30% syer pasaran dari syarikat asing dalam sektor runcit, kita akan memiliki lebih RM 150 billion jualan tahunan minima yang dimiliki oleh ratusan ribu usahawan kita yang akan mula mampu menawarkan pendapatan yang lebih tinggi. 

 

Semua ini bermula dengan ANDA Membeli Barangan Runcit Bulanan ANDA dengan Malakat Grocer!

 

Kami akan pastikan ANDA mendapat barangan yang ANDA mahu pada HARGA yang ANDA biasa BELI!

 

Kita perbaiki segala kelemahan secara bersama. Grocer Milik ANDA melalui keahlian KOPPIM adalah langkah strategik yang sudah bermula.

 

Saya mengharapkan ANDA sedia bersama dalam perjuangan besar menyelamatkan nasib ANAK BANGSA!

 

Saya Coach Fadzil berjanji yang setiap keuntungan yang diperolehi dalam projek Malakat Grocer akan digunakan semula bagi pembangunan Usahawan pembekal Malakat dan juga pembangunan keupayaan pengguna dalam mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

 

Sign Borang Saya Sedia Pindah Belanja Runcit ke Malakat Grocer sebagai langkah permulaan untuk bersama Projek Transformasi Ekonomi Malaysia!

 

Terima kasih. Semoga Allah berikan kefahaman, keselamatan dan kejayaan buat ANDA dan keluarga.

 

Coach Fadzil

Pengasas Kumpulan Malakat dan Brainy Bunch

 

#PilihMalakatGrocer #MalakatMall #CoachFadzil #PindahBelanjaRuncit

Borang Pindah Belanja ke Malakat Grocer

Borang Pindah Belanja
bottom of page